Palestin menderita puluhan tahun.
MERSIN, 4 JAN: Turkiye akan menghantar 2,334 tan bantuan kemanusiaan untuk Palestin dan kapal yang membawa bantuan itu sudah bersedia untuk belayar ke Mesir, kata pihak berkuasa pengurusan bencana negara itu pada Rabu.
BAITULMAQDIS, 2 JAN: Israel memutuskan untuk menghadiri pendengaran kes berkaitan “tindakan genosid di Gaza” yang difailkan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Hague, Belanda, Xinhua memetik laporan laman sesawang Israel Ynet petang Isnin.
BANDARAYA GAZA, 2 JAN: Lebih kurang 10,000 pesakit barah di Gaza terputus bekalan ubat-ubatan penting selepas satu-satunya hospital yang memberi rawatan barah terpaksa menghentikan operasi akibat dibom rejim Israel, lapor Agensi Anadolu.
GAZA, 31 DIS: Bekas Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin Sheikh Yousef Salama terbunuh hari ini dalam serangan udara Israel ke atas rumahnya di kem pelarian al-Maghazi di tengah Semenanjung Gaza.
GAZA, 30 DIS: Ancaman penyakit semakin meningkat di pusat perlindungan sementara di Semenanjung Gaza dengan puluhan ribu orang tinggal dalam keadaan bersesak, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Sabtu.
GAZA, 30 DIS: Tentera Israel membunuh 106 wartawan Palestin di Semenanjung Gaza dalam tempoh 84 hari sejak serangan bermula pada 7 Okt, lapor Agensi Anadolu.
GAZA, 29 DIS: Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) mengutuk pengeboman Israel berhampiran Hospital Al-Amal di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza pada Khamis.
BAITULMAQDIS, 29 DIS: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran bahawa bantuan yang dibawa masuk ke Semenanjung Gaza tidak mencukupi, menyebabkan 40 peratus penduduknya "berdepan kebuluran" susulan sekatan Israel terhadap kemasukan trak bantuan.
WASHINGTON, 27 DIS: Menteri Luar Jordan Ayman Safadi bertemu rakan sejawatannya dari Mesir, Sameh Shoukry pada Selasa untuk bertukar pendapat mengenai usaha mencapai gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
BANDARAYA GAZA (Palestin), 24 DIS: Angka kematian akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 20,258 nyawa dengan 53,688 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan Gaza pada Sabtu.
PUTRAJAYA, 23 DIS: Malaysia mengalu-alukan penerimaan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bertajuk "Memantau dan Meningkatkan Bantuan ke Gaza" yang diterima pakai pada 22 Disember di New York.
LONDON, 22 DIS: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis menegaskan pembunuhan beramai-ramai di Gaza mesti dihentikan di mana jumlah kematian rakyat Palestin kini meningkat kepada 20,000 orang.
ANKARA, 21 DIS: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata hanya empat hospital beroperasi pada tahap minimum dan menawarkan perkhidmatan yang sangat terhad di utara Gaza, lapor Agensi Anadolu.
NEW YORK, 20 DIS: Koordinator Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Keamanan di Asia Barat Tor Wennesland berkata 2023 yang akan melabuhkan tirainya sebagai satu daripada tahun yang menyaksikan paling banyak kematian dalam sejarah konflik Palestin-Israel.
KUALA LUMPUR, 19 DIS: Misi penghantaran barangan bantuan kemanusiaan kali ketiga dari Malaysia kepada penduduk Gaza di bawah ‘Ops Ihsan’ selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa el-Arish, Mesir pada 7.50 pagi waktu tempatan pada Selasa.
Daripada Ravichandran D.J Paul TOKYO, 18 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menekankan mengenai sikap hipokrasi dalam menangani krisis di Gaza oleh negara yang kononnya memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia. Anwar berkongsi pandangan itu dalam wawancara...
PUTRAJAYA, 18 DIS: Malaysia mengutuk serangan kejam tentera peneceroboh lsrael ke atas Hospital Kamal Adwan di Gaza yang menjadi tempat perlindungan dan rawatan bagi rakyat Palestin.
RAMALLAH, 18 DIS: Perkhidmatan telekomunikasi mula pulih di Semenanjung Gaza pada Ahad selepas gangguan selama empat hari, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan syarikat telekomunikasi, Jawwal.
BANDARAYA GAZA, 17 DIS: Sekurang-kurangnya 92 wartawan terbunuh dalam kempen ketenteraan Israel yang berlanjutan di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober, menurut pejabat media kerajaan di Palestin pada Ahad.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.